Modul Asas Animasi (Animasi Hari Bapa) & Advokasi Sesi 1

17 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Jun 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas modul asas animasi sempena Hari Bapa di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Di dalam kelas ini, para perserta terlebih dahulu diberikan penerangan yang ringkas tentang asas-asas yang terdapat di dalam animasi. Penerangan ini bagi memastikan para perserta bersedia mengaplikasikan dan meningkatkkan pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan animasi yang menarik. Di dalam kelas ini juga, para peserta diajar menghasilkan animasi menggunakan Microsoft Office PowerPoint. Para perserta juga diajar asas dalam menghasilkan animasi seperti penggunaan teks dan gambar dalam ribbon yang terdapat di PowerPoint.

Seramai 16 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 09:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali